Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, April 13, 2014

7 PERKARA ELAK ANAK ANDA MENJADI DEGIL...

Holaaa semua how are u lama i xupdate blog kan kan hehehe biasa la busywith so many things dgn my small business dgn kerja rumah kdg mcm xcukup jer 24jam yg ada tu nk kena doa byk2 lagi dekat Allah supaya masa yg ada tu jadi berkat ngehh ngehh.... ok disebabkan ku terbaca post Prof.Dr.Rozieta Shaary ku rasa mcm perlu jer ku share dengan semua parents tips ni.

Yerla kadang diri ku sendiri pon bila dh penat sangat ada la terbabas tertinggi suara dengan anak termarah lebih2 but i always feel guilty every time after i scold him :( (areef zyad) sebenarnya dia anak yg baik xder la ssh nak membesarkan dia cuma kids biasa la kdg2 tu xdengar cakap kan..
Ok parents here some tips hope useful untuk korang semua k sama2 la kita muhasabah diri being a good parents to our kids :-)

7 perkara elak anak degil.
Pertama kita perlu tahu apakah yang dinamakan degil. Degil ialah bila sesaorang itu tidak mahu melakukan apa yang kita minta dia melakukan. Atau membuat apa yang kita tidak mahu dia melakukan.
Kenapakah ini berlaku? Ini adalah kerana kedua-dua pihak mempunyai gambaran yang berlainan mengenai perkara yang menjadi isu itu. Sehinggalah gambaran di minda itu boleh menjadi sama atau hampir sama, maka degil boleh berlaku lagi.
Persoalannya, bagaimana hendak menyamakan gambar itu. Jawapannya ialah mempengaruhi. Bagaimana pula hendak mempengaruhi? Jawapannya, membina PERHUBUNGAN rapat atau 'rapport'. Bila ada perhubungan rapat, apa pun mudah diterima.
Di dalam NLP kata-kata ini sering dinyatakan; "Resistance is an indication of a lack of rapport" (Tak mendengar kata, degil, adalah petunjuk bahawa kurangnya hubungan rapat, rapport."
Bila anda sudah faham ini, maka anda boleh memikirkan apakah yang menjadikan hubungan rapat 'rapport' dengan anak anda terjejas?
Namun, Ibu beri 9 perkara besar;
1- Hati anak selalu dilukai sehingga dia tidak merasakan kasih anda. Bila anak dapat adik, perasaannya dibiarkan. Bila marah, tiada penjelasan yang memuaskan. Anak akan degil bila hatinya menjadi 'Closed Heart'. ini banyak berlaku kepada remaja.
2- Bergaduh suami isteri di hadapan anak, sehinggakan anak tidak nampak contoh teladan yang baik dari anda.
3- Mungkir janji dan tidak benar-benar meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji.
4-Menyuruh dan mengarah tetapi sendiri tidak melakukan. Marah anak bercakap kasar, tetapi sendiri bercakap kasar dengan anak.
5-Tidak mendengar apakah pendapat anak itu. (Ibu ada satu video yang Ibu nak tunjuk mengenai perkara ini.) Walaupun anda tidak setuju, dengarlah dahulu.
6- TERLAMPAU mengikut kehendak anak, sehinggakan anak menjadi tuan.
7 - Tidak mempunyai ILMU dan SKIL berkomunikasi berkesan yang menyebabkan payah untuk menjual idea kepada anak lalu anak tidak mengikut kata.
8 - Selalu mengatakan kepada anak dia degil dan selalu sangat bersangka bahawa dia degil. Ini menjadi doa!
9- Anak tidak dididik untuk menghormati ibu bapa. Atau cara menyuruh anak menghormati ibu bapa adalah dengan kasar dan bukan dengan penuh kesabaran dan kasih-sayang. Maka anak tidak menghormati ibu bapa. Sebab HORMAT adalah sesuatu yang diberi bukan boleh dipaksa!
Ingatlah kuncinya, ialah HUBUNGAN RAPAT. Bila anda membina hubungan anda dengan anak, tiada lagi perkataan degil dalam kamus anda mengenai anak anda.
Semoga perkongsian ku ini membantu 
#copypastefromProf.Dr.Rozieta Shaary