Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, February 20, 2013

ApA LaGi KeBaiKan MinYak KeLaPa DaRa Jom Kita LihaT

ok harini aku nk share dengan korang lagi apakah kebaikan minyak kelapa dara ini or know as "VCO"virgin coconut oil
sebenarnya kebaikan tentang vco ni sangatlah banyak kalau nk reveal oleh itu aku akan reveal sedikit demi sedikit dalam setiap post aku ok hope uolllssss enjoy reading...



Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat  didalam buah kelapa tersebut.
  
Pelbagai kajian yang dibuat di seluruh dunia telah membuktikan yang Minyak Kelapa Dara merupakan minyak yang paling baik berbanding pelbagai minyak makan yang lain. Kandungan Asid Lauric yang tinggi di dalamnya memberikannya ciri-ciri anti-virus, anti-bakteria, dan anti-fungus dan ia juga dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Selain daripada kegunaan luaran, minyak kelapa dara boleh dimakan 2 sudu makan sekali sehari atau lebih mudah dengan 2kapsul VCO dari Catalyst sebelum tido :-)

Bagaimana Asid Laurik Digunakan oleh badan kita?

Badan manusia menukarkan asid laurik kepada monolaurin dimana ia dikatakan boleh membantu mencegah dan melawan virus dan bakteria yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus  dan juga HIV. Ia melawan bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan heliobacterpylori dan protoza merbahaya seperti giardia lamblia. Terlalu banyak manfaat kesihatan yang terdapat pada minyak kelapa khususnya minyak kelapa dara.


                              Penyakit Jantung/ Minyak Kelapa Dara
Terdapat ramai orang yang menyalah anggap bahawa minyak kelapa tidak baik untuk jantung kerana ia mengandungi kuantiti lemak tepu banyak. Namun sebenarnya minyak kelapa terutamanya minyak kelapa dara amat baik untuk jantung kerana ia mengandungi 50 % asid laurik yang boleh membantu menghindarkan masalah jantung, paras kolesterol tinggi dan juga tekanan darah tinggi. Lemak tepu yang terdapat di dalam minyak kelapa tidaklah merbahaya berbanding minyak sayuran yang lain. Ia tidak menyebabkan peningkatan paras kolesterol jahat (LDL). Minyak kelapa juga boleh mengurangkan risiko atau kecenderungan kecederaan pada arteri dan seterusnya boleh menggelakkan kita dari mendapat atherosclerosis.

okey setakat harini ini itu jer yang aku reveal xmahal pon vco ni cuma spend dgn rm39.90 untuk sebulan makan vco ini boleh di consume untuk semua peringkat umur bukan hanya untk perempuan tauu hehe In Sya Allah anda akan kekal sihat mencegah lebih baik kan ;-)

No comments:

Post a Comment